apa itu gastrik sebenarnya ??
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).
Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Petanda Adanya Gastrik :
1) sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen2) rasa senak , berangin ,atau pedih
3) rasa tidak selesa dan kembung
4) sendawa berulang kali
5) kerap kentut selepas makan
6) rasa mual atau loya dan muntah
7) berat badan turun ( peringkat kronik )
8) najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah ( peringkat kronik )
9) hilang selera makan
10) berat badan turun ( peringkat teruk )
RM 45.00 |
Qty: Add to Cart |
Currently item(s) in cart. |
Nasihat Untuk Pengidap Gastrik
Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:1. Makanan/Minuman yang Sejuk Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau. Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2. Makanan/Minuman Masam (berasid) Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.daging kerbau.
3. Makanan/Minuman Bergas, Durian. Tapai. Air botol/tin bergas.
4. Makanan/Minuman mengandungi Kafein. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya. Rokok.
5. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin. Petai, jering dan kerdas.Susu tin (cair, krimer atau pekat manis)
6. Jagan biar tubuh terdedah pada cuaca sejuk, aircond, kipas tanpa alas.
No Reviews Yet...
Write A Review?